Sekolah Menengah Kebangsaan Rasau Kerteh B5 merupakan sekolah menengah yang ke-13 di daerah Kemaman, Terengganu. Ia telah dibuka pada 1 Januari 2003. Kumpulan pelajar pertama seramai 348 telah memulakan persekolahannya pada 5 Januari 2003. Seramai 17 orang guru, seorang kakitangan sokongan, 11 pekerja swasta dan 2 orang jaga telah menjadi tunggak perintis sekolah. Sekolah ini terletak di Felda Kerteh 5 dengan tapak kawasan sekolah seluas 10 hektar. Pengetua pertama sekolah ini ialah Tuan Haji Mohamad Fadhil bin Abdullah dan telah bersara pada 15.1.2011. Beliau diganti oleh En. Mat Ghani bin Hussin dari 16.1.2011. Pada bulan Mac tahun 2015 sekolah telah menerima pengetua yang baru iaitu Tn.Hj.Muhamad bin Nawi. Pada tahun 2017 pengetua baru iaitu Tn. Hj.Ahmad bin Abu Bakar telah menjadi pengetua baru mengantikan Tn. Hj. Muhamad bin Nawai. Sekarang SEMARAK B5 ditadbir oleh En. Ahmad Anuar Bin Abdul Rahman. Semoga sekolah ini terus berada dalam keadaan aman dan cemerlang.
Surau BaitulRahman – Tempat ke-3 pertandingan surau peringkat negeri Terengganu.