Kami sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang cekap,
adil, mesra dan bertanggungjawab dengan cara berikut:
- Memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan pada masa yang ditetapkan dalam jadual waktu.
- Memastikan kebajikan murid-murid diambil tindakan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
- Memastikan persekitaran sekolah dan kemudahan fizikal sekolah berada dalam
keadaan yang kondusif dan selesa serta boleh digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran
- Memaklumkan kepada guru-guru segala edaran dan maklum balas surat arahan daripada “stakeholders” berkaitan dengan perjawatan dan latihan dibuat selewat-lewatnya 3 hari daripada tarikh surat diterima
- Mengadakan sesi perkembangan staf sekurang-kurangnya 4 kali setahun
- Segala aduan dan rayuan secara bertulis daripada ibu bapa akan diproses dalam masa 1 minggu
- Borang permohonan pertukaran sekolah diproses dalam masa 1 hari sebelum dihantar kepada pihak yang berkenaan
- Memastikan ibu bapa mendapat maklumat terkini tentang pencapaian pendidikan murid.
- Memberi kerjasama erat kepada semua aktiviti kemasyarakatan.
Sebarang aduan, masalah atau kesulitan yang dihadapi,
Sila berurusan dengan pihak pengurusan sekolah
atau hubungi talian 09-8204913